My Feeling

Senyumlah wahai empunya diri walaupun hatimu sedang menangis :)

23 September 2013

Behind the pictures (:

Assalamualaikum. 
Today, I want to add some caption to these pictures :)
Gambar ni semua di tangkap secara langsung atau tidak langsung hehe.
They're all my classmates, E7, UiTM Puncak Alam.

Mahasiswa dan mahasiwi E7. 25 of them are girls and the rest are boys.

Inilah kerja kami setiap hujung minggu. Discussion discussion and discussion. Either biology, chemistry or physics. Tapi dalam gambar ni kitaorg tengah discuss lab report biology. Our team leader, Mohd Azri. Yang berkaca mata tu, budak pandai, straight A's + :)

Haaa gambar ni masa tengah tunggu Miss Filzah kesayangan kami masuk kelas tutorial Chemistry.
Haishh sempat lagi tangkap gambar hehe

Kalau gambar ni pula masa tengah tunggu nak masuk lab. 

Lecture hall Math. Nampak tak muka Nabila tu yang tengah fokus dengar dan catat hehe

Rehat sekejap dengan ice cream lepas berpenat lelah buat graph physics :)
Jangan hiraukan tudung tu.

Ismaniza. Muka nmpk tak bermaya sikit, sebab masa ni tengah demam. 
Gagahkn diri juga turun ke kafe.

 senyuuuummmmm :)

At the busten. Waiting the bus :) muka excited haha

Di luar makmal physics. Raishah, Farhana, Mai, Bali, Qila :)


 Kemunting Beach Resort, Melaka. Before the games started.

 After the game. Nak buat muka garang tapi tak menjadi. Sebab apa? Sebab bebudak lelaki tengah gelak. Dorang cakap muka Nabila paling lawak -.-

Gambar sedikit kabur. Masa ni tengah lawan terompah gergasi dengan yang lain. Tapi kalah sebab jatuh masa nak u turn. Lepas game ni baru perasan yang kaki luka masa jatuh.

Masa ni tengah promote kerepek Atiqah. Bukan main seronok makan dalam kelas.

Discussion physics <3

In the bus. Sandarkn kepala kat bahu Mai. Masa ni tengah sakit kaki. Jalan pun terhenjut henjut.

Kabus kabus kabus. Pakai mask ni buat Nabila sesak nafas bila naik tangga hehe

16 September 2013

Fighting!


Assalamualaikum. Just want to tell. My mood - final exam.
Banyak kena ingat, hafal, letak bebyk dalam otak sbb nanti final nk jawab semua soalan :) Test 2 tak habis lagi. Last paper for test 2, this wednesday. Wish me luck. Kalau nak study skrg memg kena terus struggle utk final. Not only for test 2. Math is the best. Why? sbb math tak perlu memorize macam chemist, bio dgn physics. Tapi semua tu tak boleh nk undur lagi. This's my choice. So, Nabila kena struggle betul2 utk masa setahun ni and achieve a good result :) in sha Allah degree in mathematics for next year :) Doakan ye.

15 September 2013

alhamdulilah :)

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Dah nak masuk 3 bln lebih Nabila kat Palam. Macam-2 belajar kat sini. Not only about academics. Friendship. Attitude. Responsibility and so on. Alhamdulilah menjadi sebahagian dari E7 & R5205 banyak ajar Nabila kehidupan di alam universiti :) Sejak masuk sini macam-2 perasaan ada. Penat lelah belajar, tk cukup rest atau tidur, stress dgn pelajaran yg terlalu byk dan cepat, nak revise subjek yg tak bape nk faham dan blablabla... biasa la. Bila nak dapat satu kejayaan tu kena harungi ujian dulu. Kenapa kita diuji sebegini, sbb Allah swt sayangkn kita. Senang je kan jawapan nya :) as easy as ABC :) Nabila. try to be a good student. And be more better than that :) in sha Allah, jika kita berusaha Allah akan tolong kita :)

Thank my friends :)

There're the first person I met. Mai, Rai and Qila. 


Aisyah Jamal from Terangganu. With her, i can easily speak in Kelantan :)




Disebabkn dlm kelas Nabila ada dua org mai. So, Kitaorg decide panggil dia mai rep sbb dia assistant class rep. The best listener ever :)



11 July 2013

Do ease my way.


Assalamualaikum.

Almost one month and a half. Sorry readers. A lot of works and complicated things around me. Alhamdulilah saya masih dikurniakan kesihatan tubuh badan utk menyambut bulan ramadhan pada tahun ni. Alhamdulilah saya masih dikurniakan semangat yang tinggi utk meneruskan pengajian di UiTM Puncak Alam  (PALAM). Macam yang korang semua tahu, Nabila memang teringin sekali nk masuk IPG, but the IPG had rejected me huhu in sha Allah rezeki masih ada di mana-2. Ada hikmah di sebalik semua ni :) Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Please Allah, do ease my way in future.

Teruskan berusaha sehingga semester 2. 12 April 2014.

23 May 2013

Thank You, Teacher :)

Assalamualaikum.

23Mei2013. Went to SCIPP with Anis Nabilah, my classmate. Pergi sekolah sebab nak ambil sijil KESUMA dengan pkhem. Fathin pun minta tolong ambilkan sijil-2 dia. Sementara tu, boleh la jumpa cikgu-2 before further study ni.

Pukul 8 pagi. Anis dah terpacak kat depan pintu rumah. Dia terpaksa datang awal sebab dia tumpang abang dia nak pergi kerja. Lepas breakfast, terus pergi SCIPP. Lepas je masuk gate SCIPP tu, Pakguard suruh benti. Dia suruh salah sorang pakai clip pelawat. Yeayyyy Anis sanggup tawarkan diri walaupun Nabila yang paksa dia pakai hehe 

First destination, office. Bagi salam dulu, kalau tak bagi salam memang kena perli dgn pk1. Alhamdulillah pkhem ada dalam bilik dia, lepas je ambil sijil KESUMA, terus jumpa kerani nak ambilkan sijil Fathin. Tapi kerani tu ckp tk boleh sebab Nabila takde surat yang mewakili Fathin. Haiyaa, bila pula kena buat surat ni? Tahun-2 sebelum ni boleh je -.- 

Lepas settlekan kerja dalam office, masuk staffroom :)
Alhamdulillah dapat jumpa cikgu-2. Ada cikgu yang masih kenal, ada cikgu yang tertukar nama, ada cikgu yang tertukar nama batch. Ada cikgu yang masih ingat. Its okay cikgu :) 
Yang penting anak muridmu ini masih mengenalimu :) 

Cikgu, terima kasih untuk nasihat-2 yang bernas tu, in sha Allah saya akan ingat segala nasihat cikgu.
 Jaga iman, jaga hati, jaga diri.

Otw nak balik, jumpa dgn Azrina, my beloved sister.
Congrates for the result sis! Kekalkan prestasi Erin ea :)

Lastly, jumpa dengan Batcmates, Heroines0812. 
From left : Anis, McSha, Mejja, Eming, Me.


21 May 2013

;')


Assalamualaikum.

A long conservations with Fara Nadery, my cousin.

Kaklong dapat UiTM Puncak Alam ea? Jadi budak palam la dia.

Ha ah, dapat jadi budak palam. Tapi kaklong tak tau lagi stay bape lama kt sana, nak tengok result IPG dulu cemana. Kalau dapat IPG Math, kaklong akan tukar ke IPG, tapi kalau tak dapat Math, kaklong stay kat UiTM tu la.

Dah fikir masak-2 ke ni?

*senyap
 
Okay. Listen here. Dengar betul-2 apa yang kakyah nak cakap ni. Ini pengalaman diri kakyah sendiri. As you know, kakyah kan kerja swasta skrg, itupun terikat dgn biasiswa Limkokwing. Kalau kaklong nak tahu, kerja swasta ni susah tau, nak buat loan kereta pun tak boleh. Better kerajaan la. Kalau kaklong masuk IPG, kan dah terikat dgn KPM tu, dan dah memang dapat kerja lepas je graduate. Bukan ke untung tu? Lagi satu, kalau kaklong dapat subjek selain Math, takpe la syg. Minat dapat dipupuk okay? Please think about your future. Contoh kalau kaklong dpt Bi, tak semestinya you gonna be an english teacher, kena tengok kekosongan kat sekolah tu juga :) Cikgu dah jadi profesion kedua dalam negara. Bukan senang nak jadi cikgu skrg, pemilihan IPG dah ketat skrg. Dah kaklong memang cita-2 nak jadi cikgu, suka mengajar orang, pilih jela IPG :) Memang la kawan kaklong ramai kt UiTM tu. Mesti sedih nak berpisah nanti kan? Tapi ni future kaklong, bukan future dorang. Persahabatan takkan terputus :) Kalau kaklong nak stay kat sana, apa yang kaklong nak amek time degree? Dan nak jadi apa lepas tu? Nak menganggur dulu lepas graduate. Kalau tgk skrg, memang ramai kawan-2 kakyah yang tgh menganggur lagi. Ramai tak dapat kerja lagi. Belajar pandai tapi tk kerja-2 lagi. Takkan la nak simpan sijil dalam frame je hehe Ini pendapat kakyah. Kakyah memg setuju 100% kalau kaklong ambil IPG, tak rugi sayang. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Kena ambil langkah berjaga-jaga. Salah langkah yang pertama, memang susah. Dont be selfish okay?
Please, terima la kalau dapat IPG walaupun bukan subjek kegemaran kaklong.

In sha Allah. Thanks kakyah :D Semangat pula dengar. Doakan kaklong dpt IPG.

In sha Allah, kaklong pun kena berdoa banyak-2 tau :)

18 May 2013

UPU :)


Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Saat yang ditunggu-tunggu, keputusan UPU. Asasi Sains - UiTM :) Memang berharap sangat dengan course ni. Yang paling tak sangka, memang ramai kawan satu sekolah dapat tawaran sambung belajar kat sini. Ada yang course lain dan ada juga yang sama course, tapi course asasi sains la yang paling ramai. Ada dalam 20 lebih la kot. Yeayyyy dapat jumpa lagi kawan-2 lama, takdela segan sangat nak cari kawan baru. H5 berkampung kat sana lah jawabnya. Lepas je tahu dapat jadi bakal budak PALAM, memang semua over excited hehe salah satu sebab dapat jumpa lagi dengan Heroines0812 :)

Antara kawan yang dapat - Aten, Dayah, Zana, Tihot, Syikin Fauzul, Kuss, Miza, Tikah Md Zin, Thirah, Ida, Nad, Qilah Udin, Yatie, Amnah dan ada lagi tapi lupa hehe Tapi ada je antara dorang yang tengah tunggu result Mara. Kalau tak dapat Mara, baru dorang masuk UiTM. Semoga berjaya Zana, Dayah and Nad. In sha Allah kalau ada rezeki, akan dapat juga nanti. Btw, untuk kawan-2 yang dapat PALAM tapi berlainan course, kita dapat jumpa juga.

Tetapi sebenarnya, Nabila pun tak tahu sampai bila stay kat UiTM ni, sebabnya tengah tunggu result IPG. IPG keluar akhir bulan 6 then bulan 7 ni baru daftar. So, sementara tunggu result IPG, masuk UiTM dulu la. In sha Allah kalau ada rezeki di IPG dlm bidang math, akan bertukar ke sana. Dan kalau dapat tawaran IPG selain math, akan dipertimbangkan dalu, sama ada stay di UiTM atau pun IPG :) Sekarang takde masa untuk fikir semua tu, teruskan berusaha walaupun berada di mana-2 dan bykkan berdoa. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini :)

16 May 2013

Happy Teacher's Day



Assalamualaikum.

16 Mei. Tak lain tak bukan, Happy Teacher's Day. Terima kasih cikgu untuk semua. Thanks kerana sudi mengajar saya. Thanks cikgu kerana telah menjadikan saya seorang insan yang berguna. Thanks kerana tidak pernah jemu melayan karenah saya *itupun bukan selalu hehe thanks kerana mengorbankan masa cikgu untuk mengajar saya. Thanks kerana sudi menerangkan kembali subjek yang saya kurang fahami. Thanks cikgu kerana membantu saya capai apa yang saya nak. Thanks kerana telah menjadi seorang pendidik yang baik, pendengar yang setia, penyelesai segala masalah pelajaran, penasihat yang baik. In sha Allah, saya tkkn lupakan jasa dan pergorbanan cikgu-cikgu. Semoga Allah memberkati dan meredhai segala jasa dan pengorbanan yang cikgu-cikgu berikan kpd saya. Saya sayang semua cikgu saya <3

#Tadika Al-Ummah, Johor
#Sekolah Perumahan SEDC, Johor
#Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab (1), Kelantan
#Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan