My Feeling

Senyumlah wahai empunya diri walaupun hatimu sedang menangis :)

26 February 2013

Kerja :)

Assalamualaikum.

*Mulai harini nak tukar mood hee. Teringat kata-2 Fathin time oncall.
Alhamdullilah. En Hanafi dari bahagian pendidikan call pagi tadi. Dia suruh Nabila datang pejabat ambil surat tawaran jadi guru ganti. Punya la terkejut dapat SK Zainab 2 hehe kalau dapat SK Zainab 1 mesti lagi best, maklumlah sekolah rendah dulu. Nabila akan mengajar English mulai esok. Hanya untuk pelajar darjah 1 & 2. Alhamdullilah, takdelah susah sangat nak ajar. Nabila hanya berkhidmat selama 3 bulan. Sementara tunggu teacher Zira :) 
Cikgu-cikgu, sila beri tunjuk ajar.


Nabil bukan main frust Kak Long tak dapat mengajar kat sekolah dia :D 
Atiqah, yang paling gembira, ajak Nabila pergi sekolah dengan dia.
Kalau ayah kerja, kena pergi dgn ayah dia la :)

Psssttt : Test JPJ 12 Mac, terpaksa ditangguhkan. 

No comments:

Post a Comment