My Feeling

Senyumlah wahai empunya diri walaupun hatimu sedang menangis :)

26 February 2013

Berbahagialah dengan konflik


Assalamualaikum. 

Mengapa hidup kita terdapat pelbagai konflik? 
Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka kita semua akan diproses dengan berbagai-bagai konflik dalam kehidupan untuk membentuk kita menjadi insan yang hebat.

Apabila kita berhadapan dengan orang yang cepat marah, kita sedang diproses untuk menjadi seorang yang sabar. Apabila kita berhadapan dengan orang yang 'perfectionist', kita sedang diproses untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Apabila kita berhadapan dengan orang yang leka dalam melakukan tanggungjawabnya, kita sedang diproses untuk menjadi seorang yang  berdisiplin. Apabila kita berhadapan dengan orang yang malas, kita sedang diproses untuk menjadi seorang yang rajin. Apabila berhadapan dengan orang yang sombong, kita sedang diproses menjadi seorang yang peramah. Apabila kita berhadapan dengan orang yang kedekut, kita sedang diproses untuk menjadi seorang yang dermawan.

Setiap orang mempunyai personaliti dan sikap yang berbeza. Mulai sekarang, berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai personaliti dan sikap. Dan katakanlah di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita dapat menjadi insan yang hebat, in sha Allah :)

No comments:

Post a Comment