My Feeling

Senyumlah wahai empunya diri walaupun hatimu sedang menangis :)

10 December 2012

CINTA


Assalamualaikum.
Harini aku dapat lepas gian pegi makan nasi ulam budu. Alhamdullilah. 
Actually aku kagum dengan beberapa orang kawan aku di luar sana. Yang masih berfikiran positif tentang cinta. Alhamdullilah, Allah mash menyayangi kita. Dia masih memelihara kita daripada sebarang maksiat. 

Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaan yang indah. Perasaan yang dikongsi itu benar. Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati. Cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi :)

No comments:

Post a Comment