My Feeling

Senyumlah wahai empunya diri walaupun hatimu sedang menangis :)

14 September 2012

Dugaan

Manusia yang melakukan kesalahan harus diberikan peluang kedua untuk berubah

'Alhamdullilah, alhamdullilah dan alhamdullilah'. Aku bersyukur kepada Allah swt. Allah telah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekatiNya, supaya aku dapat luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diri ini, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. Jika gembira hati ini, semua datang dariNya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah ini.

Kita diciptakan oleh Allah swt adalah untuk menghambakan diri kepadaNya. Janganlah kita lalai dengan tanggungjawab ini. Janganlah kita mengeluh dengan ujian yang diberi oleh Allah swt. Sesungguhnya Dia amat menyayangi kita. Dia hanya ingin mendengar rintihan hamba-hambanya. Aku bersyukur kerana aku di antara hambaNya yang telah terpilih untuk diberi ujian. Dari ujian inilah aku mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana aku tidak mahu mencariNya di kala kesusahan sahaja. Aku mahu sentiasa merindui Tuhanku. Aku mahu setiap gembira ku dimulai dengan Alhamdullilah supaya setiap kesusahanku dapat aku luahkan padaNya tanpa rasa malu.

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku untuk membaiki diriku ini dan Engkau bantulah rakan-rakanku yang masih sesat di luar sana. Kau bukakanlah pintu taubat bagi diri mereka. Amin.

1 comment: