My Feeling

Senyumlah wahai empunya diri walaupun hatimu sedang menangis :)

14 May 2013

Interview IPG - Maths


Assalamualaikum.

Alhamdulilah, syukur kepada Allah. Interview IPG semuanya berjalan lancar. Sampai je IPG, terus cari bilik E. Punya lah banyak bilik dgn bangunan yang ada -.- Nasib baik ada pak guard yang baik hati, tolong carikan bilik E. Tetiba ada orang tegur. Aini Mastura (Scippians). Mak dia punya la sporting. Walaupun mak Nabila tk boleh teman sama, takpe, iringan doa darimu sudah mengcukupi. Bape minit lepastu, lecturer suruh masuk bilik sebab ujian Insak dah nak mula. My tablemate for the exam, Farisa, ex Naim Lilbanat. Dia baik, peramah, lawa. Pink in colour, same with me.

Lepas ujian Insak, we will divide into 4 groups for the IV. Tapi, disebabkan ada calon yang tak hadir, dikecilkan jadi 3 groups je. Alhamdulilllah, Nabila dapat masuk Group 1. Cepat iv, cepat boleh balik, cepat hilang nervous hehe semua calon dalam group 1, perempuan :) 7 ladies - Me, Anis, Masturina, Hajar, Zapina (ex Mara PC), Fariza (ex Wataniah Machang), Liyana. Interviewer tu memang sporting, dua panel lelaki. Firstly dia tunjuk video. G1 dapat video lagu terima kasih kat TV3 tu. Dia suruh bagitau mesej apa sebenarnya yang ingin disampaikan pada masyarakat. Disebabkan kami ambil bidang Math, kena lah speaking. Dia suruh describe about your hometown. Haa dua soalan tu jela kena jawab. Tak susah pun, goodluck utk sesapa yang bakal ke iv IPG.

10 May 2013

Stories


Assalamualaikum.

Sudah lama menyepi. I'm sorry readers. Ada orang tanya kenapa dah lama tak update blog. Banyak benda yang berlaku sebenarnya, cuma malas je nak update kat sini. Okay, let me story what happened last few days.

My neighbour from Johor Bahru came to Kelantan. Family dia datang sini sebab nak tengok suasana di Kelantan sebelum PRU13. Bila sampai je, terus cakap pasal politik :D Komen sana komen sini. Pening dengar pasal politik ni, nasib baik semua dah tamat. Tunggu PRU14, in sha Allah Nabila dah boleh jadi seorang pengundi (: Tutup cerita politik. Anak neighbour Nabila ni, semua lelaki. Tak boleh nak join sangat la bila berbual. Kalau boleh join pun, dgn abang sulung dia. Because we're are in same age. Itupun tanya pasal nak sambung belajar kt mana je. All the best, in sha Allah you can do it. Nak jadi pilot kan? Haa nanti jumpa kt airport suatu hari nanti hehe

This is my little brother and Irfan, anak bongsu kpd pasangan Anuardy dan Norhayati. 




Dinner (:

Suatu petang yang memboringkan. Snap picture Naufal tengah makan ice cream setelah merajuk dengan kak long dia (: Happy betul dia bila dapat makan ice cream.
 

Nur Ivana Damia and her mother, balik Kelantan semata-mata nak mengundi. Dua hari dihabiskan masa sepenuhnya dengan Mia. Dia ikut je Nabila drive memana :) I miss her.


Lastly, YOU. Congratulations. I'm very proud of you. Keep it up (:

30 April 2013

Jodoh


Semua di antara kita mengharapkan jodoh yang baik, tetapi harus diingatkan bahawa lelaki-2 baik hanya untuk perempuan-2 yang baik dan sebaliknya. Seharusnya kita berusaha menjadi yang terbaik, in sha Allah. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, kita akan tetap bersama dengannya. Tetapi jika takdir Allah menentukan yang mana kita bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah swt. Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah swt. Sesungguhnya, janji Allah swt itu benar (:

29 April 2013

Graduation Day

Assalamualaikum semua.

Alhamdullilah. Graduation day had been finished. Semuanya berjalan dengan lancar. One day before graduation. Nabila dah kena pergi sekolah sebab malam tu ada rehearsal. Bukan main plan dengan KR PKR nak pergi KBM dulu sebelum jejak ke bumi Scipp. Dah decide nak naik kereta dengan sape, nak makan kat mana, berapa orang nak ikut. Tetiba terpaksa cancel, sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan.

So, Nabila decide nak pergi Scipp pagi-2 la sebab nak attend HTA. Alhamdullilah ada juga teman yang sudi naik kereta dengan Nabila. She's Diyana Zakaria. 45 minit drive ditemani dengan stories Diyana (: bukan main bersemangat mendengarnya hehe biasalah, penghuluwati plkn, mestilah byk cerita. Diyana ni, kalau jumpa, memang wajib bercerita :D

After ambil jubah around pukul 4 petang, Dayah ajak keluar Pasir Puteh sebab dia nak beli buah tangan untuk adik-2 dorm. Ada 3 lagi free seat. Zana, Diyana, Wawa pun ikut sama.



 My dormates. The best dormates ever. ILoveYou all. 

Sementara menunggu ketibaan VIP, kami snap gambar. For the last memories in school, maybe.




 Ashila Naja. Budak yang separas bahu ketika form 1 dulu tetapi sekarang dah sama tinggi pun. Orang yang paling banyak kena peluk dengan Nabila bila susah dan senang. Iloveher.

Afina Azman. Dormate paling ceria :)

 Sarah Razumi. My posmen :) Thanks for all your helps. 

 Farizaa Rezali. Budak fast track - UPM

 Che Rasyiqah. Orang yang Nabila peluk paling kuat bila jumpa :D Happy jumpa dia.







24 April 2013

Rezeki


Assalamualaikum.

Untuk pelajar lepasan SPM 2012, sekarang memang tengah hangat dgn panggilan temu duga. Ada yang gembira, ada yang sedih dgn keputusan panggilan temu duga. Mana-2 pelajar yang tak dapat panggilan temu duga yang diingini, mohon jgn terlalu bersedih :) Maaflah, ayat ni tetiba skema pula. For my reminder too :) Rezeki di tangan Allah swt. Ada yang dapat sambung belajar awal, ada yang dapat sambung belajar tinggi-2, itu semua rezeki daripada Allah swt. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah swt yang menentukan segalanya. Tak kisah belajar kat mana-2 pun, yang penting ada usaha yang gigih untuk berjaya. Semoga berjaya berada di luar sana :)

18 April 2013

Peluang Kedua


Assalamualaikum. 

Tadi makcik call, tanya pasal kerja guru ganti. Alahai kena pergi jumpa En Hanafi lagi ni. Tapi bila fikir balik, tak sanggup la nak jumpa dia lagi hee malu, dah byk kali minta tolong dia. Walaupun dia busy dgn meeting, dia sanggup keluar dari bilik tu semata-mata nak selesaikan masalah Nabila. Terima kasih En Hanafi (: Dia cakap dia dah anggap Nabila macam anak dia sendiri. Dia tunjuk gambar anak dia yang study kat UiTM, memang sama la hehe Dia nak bagi tawaran lagi, hmm terima kasih tapi Nabila akan fikirkan balik hal ni, lagipun masa tinggal tak lama lagi untuk sambung belajar. Once again, ThankYou. 

p/s : Zara, semoga cepat sembuh dari demam (:

16 April 2013

Budak Chubby ;)

Assalamualaikum.

Today, 16042013. Today is her birthday. 
Fathin Mohd Nazri, happy birthday, sweet 18. Semoga sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada segala godaan syaitan. Please be a good muslim, dear. I know you're strong. You can handle the problem by yourself. Sorry for everything. Please forgive my mistakes. Kita tak pernah bergaduh tapi utk cari masa yg sesuai meluahkan masalah masing-2, memang susah. Kita banyak menghabiskan masa bersama ketika menjalankan tugas (: Terima kasih utk semua. Terima kasih kerana sentiasa berada di samping sy susah dan senang di sekolah dulu. Memori ini akan sy simpan, utk dijadikan bahan pengubat rindu.  

Iloveyou chubby :) in sha Allah, kawan sampai ke syurga.

Masa ni control je muka happy, padahal dalam hati memang sedih sebab akan berpisah dgn Fathin buat masa yang lama. - Majlis Sireh Pulang ke Gagang -

  

 Yang ni memang akan ingat. Buat suprise untuk Fathin dari sumbangan semua Ketua Rumah dan Sensei Jazemi. Bukan senang nak luang masa macam ni, maklumlah budak spm la katakan :D





Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh ingatkan kita kepada Allah swt :)

12 April 2013

Be tough


Assalamualaikum (:

Naqib call, dia cakap homesick. Boleh percaya ke ni? -.- hmm kalau nak kira, lagi sebulan lebih nak cuti penggal kedua. Haritu boleh je stay kt seremban sampai 3 bulan, tkkn la 2 bulan ni tak boleh. Hmm dia bagi alasan, rindu rumah baru :D Alahai Naqib, kalau lah Seremban tu dekat, dah lama Kaklong pergi amek kau kat asrama :) Please be tough, brother. Teruskan berusaha. 

One day, i'll visit you at SDAR. Andddd bring a lot of foods for you :D
 
Alhamdullilah. Thanks Aunty, thank you so much, really appreciate it. Jasamu tetap dikenang. Segala pertolongan yang makcik hulurkan, in sha Allah suatu hari nanti akan dibalas (: